DRAMA berlatarkan persekitaran kolej sememangnya memiliki daya tarikan tersendiri terutama di kalangan remaja yang sedang melalui fasa kehidupan sama di luar sana.
Suka dan duka bergelar pelajar kolej seolah dekat di hati mereka dan sekali gus mampu membuatkan mereka begitu teruja untuk tidak ketinggalan mengikutinya.
Justeru drama bersiri Inggeris, Greek yang akan disiarkan menerusi TV2 setiap Selasa jam 11 malam, bermula 2 Jun depan pastinya memenuhi cita rasa remaja masa kini.
Sepanjang satu jam disiarkan, Greek membariskan pelakon remaja dan plot cerita yang segar dan dilihat mampu menyumbang menjadi daya tarikan golongan itu untuk menontonnya.
Greek mengisahkan kehidupan golongan remaja penuntut kolej bertemakan kekeluargaan, percintaan dan kehidupan sosial dibintangi pelakon seperti Clark Duke, Scott Micheal Foster, Spencer Grammer, Paul James, Jake McDorman, Jacob Zachar dan Azron Hill.
Drama bersiri ini bermula dengan watak lelaki dikenali Rusty Cartwright yang baru memasuki Universiti Cyprus-Rhodes. Dia amat kecewa dengan sikap kakaknya, Casey yang tidak menyenangi sikap Rusty dan suka masuk campur dalam hal kehidupannya.
Namun teman lelaki kakaknya, Evan menawarkan Omega Chi kepada Rusty jika dia tidak mendedahkan rahsia hubungan sulit Evan dengan seorang perempuan, Rebecca Logan. Oleh itu, Rusty perlu pilih antara kehidupannya atau hubungannya dengan Casey. Namun apabila Casey mengetahui hubungan Evan dengan Rebecca Logan, dia mencabar Rebecca dalam satu pertandingan memburu antara mereka berdua.
Omega Chi dan Kappa Tau menganjurkan satu pesta di rumahnya. Casey yang bimbang Rusty akan melakukan satu kesilapan besar terus ke sana untuk menyelamatkannya meskipun pada malam itu Casey sudah merancang untuk bersama dengan Evan pada malam itu.
Dalam satu pertandingan hoki, Evan inginkan kepastian daripada Casey mengenai hubungan mereka berdua antara adiknya, Rusty ataupun bekas teman lelakinya, Kappas. Bagi menyatakan kesetiaannya, Casey berpakat untuk mensabotaj Kappas supaya menjadi mabuk dalam satu pertandingan dengan Omega Chis.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: