
Perut membesar kerana hamil bukanlah satu halangan untuk tampil cantik dan bergaya.
Biasanya, semakin meningkat usia kandungan, bakal ibu semakin runsing memikirkan apakah baju yang sesuai dan menarik untuk digayakan. Akhirnya, mereka akan memakai kemeja besar dengan seluar mengandung.
Masalah menata gaya semasa hamil membuatkan wanita semakin dingin untuk tampil cantik. Malah, ramai wanita menganggap tempoh sembilan bulan mengandung adalah tempoh mereka tidak boleh bergaya. Salah tanggapan itu!
Pelbagai fesyen terbaru mengikut kesesuaian dan keselesaan individu mengandung terdapat banyak di pasaran.

TENGAH: Biarpun gaun ini tampak ringkas, Tori Spelling tetap kelihatan jelita dan menarik.
KIRI: Jennifer Mayer tampil sederhana dengan gaun perak berkilau. Namun, Mayer pasti lebih menarik tanpa kardigan hitam itu.
Terdapat pelbagai tip dan petua yang diberikan oleh pakar fesyen agar ibu hamil tidak menjadi mangsa fesyen.
Contohnya, jika kandungan berusia lima bulan ke bawah, kebiasaannya pakaian lama masih lagi boleh dipakai. Jika perut kelihatan terlalu besar, apa kata jika tubuh yang semakin membesar itu dibalut dengan pakaian berwarna gelap seperti kelabu, hitam atau coklat
Tetapi jika anda mahukan tarikan dan perhatian daripada orang sekeliling seperti pada acara makan malam atau anugerah, gaun labuh atau dres berona terang pasti menggoda.

Persis gadis Greece. Gaun rona hitam membuatkan Ashlee Simpson tampak memukau.
Lihat sahaja bagaimana yakinnya penampilan selebriti Hollywood ketika mereka hamil. Bahkan mereka berbangga dan meraikan detik-detik istimewa itu. selebriti Hollywood tidak malu untuk tampil di hadapan khalayak ketika mengandung.
Mungkin gaya stailo bintang itu boleh menjadi rujukan bakal-bakal ibu di luar sana untuk tampil sejelita mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: