Wednesday, May 13, 2009

Guna lampu sempadan selamatkan diri


MAS SELAMAT dipercayai berenang menerusi Selat Tebrau dari Woodlands di Singapura ke Stulang Laut (anak panah) di Johor Bahru untuk melarikan diri dari negara itu tahun lepas.





JOHOR BAHRU - Tidak banyak yang diketahui bagaimana Mas Selamat Kastari, (gambar kecil) pemimpin Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, dapat mengelakkan diri daripada ditangkap semula di Singapura selepas meloloskan diri dari penjara kawalan maksimum negara itu Februari tahun lepas.

Bagaimanapun, difahamkan ketua pengganas rakyat Singapura yang berasal dari Indonesia itu berjaya menyembunyikan dirinya di beberapa tempat di republik berkenaan selama empat hari sebelum berenang ke Johor.

"Pada hari keempat selepas dia berjaya meloloskan diri dari Pusat Tahanan Whitley Road, barulah Mas Selamat berenang sejauh satu kilometer merentasi Selat Tebrau pada waktu malam dari Woodlands ke Stulang Laut di Johor Bahru.

"Dia menggunakan lampu-lampu boya penanda sempadan yang terdapat di Selat Tebrau itu sebagai panduan untuk membolehkannya tiba di kawasan yang difikir selamat di Stulang Laut itu," kata sumber yang mengetahui tentang penangkapan ketua pengganas JI Singapura itu semalam

Meskipun begitu kemampuan Mas Selamat menyembunyikan diri selama empat hari ketika ribuan pasukan keselamatan republik itu dikerah memburunya terus menjadi persoalan sehingga kini, kata sumber itu.

Mas Selamat yang dikatakan mahir menggunakan senjata dan membuat bahan letupan didakwa merancang merampas kapal terbang di Bangkok dan menghempaskannya di Lapangan Terbang Changi dalam satu serangan pengganas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: