
CHEN QIAO EN
STATUS ikon yang diraihnya selepas muncul menerusi drama TV, Defeated Queen sudah pasti memberikan tekanan kepada aktor kacak Taiwan, Ethan Ruan. Namun, bagaimanakah dia mengawal tekanan yang dialaminya itu?
"Saya percaya seseorang aktor hanya perlu fokus untuk menjiwai karakter lakonannya pada skrip? Biarpun saya meraih populariti menerusi drama seperti Fated To Love You dan Defeated Queen, saya tidak berasa tertekan kerana hanya berlakon mengikut kehendak skrip," katanya.
Menerusi Defeated Queen dia begitu serasi bersama aktres Chen Qiao En ketika melakonkan watak pasangan kekasih.
"Qian En seorang aktres yang bijak dan sensitif. Pemahamannya terhadap karakter lakonannya melebihi umurnya," ulas Ethan mengenai Qian En.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: