Friday, May 8, 2009

Dengarnya....: Apabila artis jelita asyik dilamun cinta


CIK Normah baru saja menerima perkhabaran daripada penyampai maklumat tak rasmi mengenai seorang aktres jelita yang khabarnya sedang menjalin kasih dengan seseorang. Kekasihnya tu pula bukan calang-calang orang. Kalau tak silap Cik Normah, lelaki kacak tu juga pernah menjalin hubungan dengan seorang lagi artis yang boleh tahan juga cantiknya. Bagaimanapun, hubungan mereka terhenti sekerat jalan.

Sebelum berkawan dengan artis ini, Cik Normah pernah terdengar yang jejaka kacak ini pernah berkawan dengan aktres jelita tadi. Malah ketika masih berkasih dengan artis cantik itu pun, hubungan si jejaka dengan aktres jelita tadi tidak pernah putus. Barangkali selepas sah tiada lagi hubungan dengan artis cantik ini, jejaka tadi kembali mencari aktres jelita itu dan mungkin juga mahu jalinkan hubungan yang lebih serius.

Menurut sumber tak rasmi Cik Normah, setiap minggu wajah aktres jelita itu mesti kelihatan di sebuah kafe yang terletak di sebuah negeri bersama jejaka kacak yang Cik Normah kurang pasti apakah kekasih atau sekadar teman tapi mesranya. Sumber Cik Normah juga kurang pasti, tetapi kalau mengikut analisisnya, jika setiap minggu mukanya bersidai di negeri itu apa maknanya?

Tapi kalau mengikut cara mereka berdua, memang sah kata sumber Cik Normah mereka sedang asyik dilamun cinta. Aktres jelita itu katanya memang tak segan silu menggomol wajah mulus si jejaka dengan jari- emari halusnya, malah siap mencium tangan temannya dengan penuh kasih sayang.

Hai keliru Cik Normah status mereka ini. Kalau tak ada apa-apa hubungan istimewa masakan aktres jelita itu sanggup berkorban waktu hujung minggunya untuk ke sana. Sekali dua mungkin tidak menimbulkan tanda tanya, tapi kalau dah setiap minggu mukanya bersidai di tempat yang sama, tentu ada sesuatu antara mereka.

Cik Normah harap hubungan mereka berdua menjadi. Kalau betullah mereka akan berkahwin majlisnya nanti pasti meriah ala anak raja maklumlah si jejaka tu bukan calang-calang orangnya. Tapi Cik Normah cuma takut hubungan itu sekadar hubungan ‘geli-geli’ saja ialah industri kita ni dah macam Hollywood pula. Berkawan, putus, kahwin dan cerai bagaikan mainan saja sejak akhir-akhir ini Cik Normah tengok. Harap-harap perkara itu tidaklah berlaku kepada aktres jelita ni.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: