TERKEJUT Cik Normah pagi Ahad lalu sebaik membaca pengakuan isteri ustaz Akhil Hayy mengenai hubungan suaminya itu dengan penyanyi Waheeda. Cik Normah rasa macam nak bertepuk tangan dengan keberanian isteri Akhil Hayy membuat pengakuan berani itu.
Cik Normah bukan nak menyebelahi sesiapa, tetapi sesuai dengan muka Akhil dan Waheeda, sebelum ini masing-masing bersungguh-sungguh menafikan ada hubungan ketika ditemu bual teman Cik Normah. Cik Normah bukan apa, meluat melihat sikap Akhil dan Waheeda yang tak habis-habis berselindung dan siap minta teman Cik Normah kemukakan bukti.
Bukan itu saja, mereka siap mengingatkan teman Cik Normah, berdosa membuka aib orang lain. Cik Normah tahu memanglah berdosa, tetapi mereka yang tampil berdua ke mana-mana tanpa ikatan yang sah tak berdosa ke?
Cik Normah juga sedih kerana mereka yang sepatutnya menjadi ikon kepada umat Islam sudah meruntuhkan kepercayaan peminat kepada mereka. Seorang teman Cik Normah berkata, dia memang tak boleh lihat Waheed berkata-kata, angkuh dan seolah-olah dia seorang saja yang baik.
Tengoklah Tuhan maha adil, mereka asyik mencabar supaya dikemukakan bukti. Nah, terduduk kedua-duanya apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal akhirnya tampil membuat penjelasan perkara sebenar. Cik Normah harap, Waheed dan Akhil janganlah bersembunyi pula, tampillah ke hadapan untuk buat penjelasan!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: