
ARAU - Seorang ibu muda, Zaidah Azura Rahmat, 25, tidak menyangka kesukaran ketika melahirkan bayi dalam keadaan mengiring dan menahan kesakitan selama 10 jam memberi kesanburuk kepada anaknya.
Bayi perempuannya, Siti Balqis Sany seberat 4 kilogram yang dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 6.18 pagi 23 April lalu didapati patah tulang selangka pada bahu kiri.
Ketika ditemui di rumahnya di Taman Indah Pauh di sini semalam, Zaidah mendakwa, doktor dan pihak hospital yang menyambut kelahiran anaknya bersikap lepas tangan malah meletakkan kesalahan itu kepada dirinya.
"Saya terkilan. Ketika bersalin, saya menahan kesakitan yang amat pedih. Ia proses sukar sehinggakan terpaksa dibantu oleh tujuh petugas hospital termasuk dua doktor.
"Malah, saya diminta berada dalam kedudukan mengiring sepanjang proses kelahiran," katanya.
Menurutnya, doktor mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada Balqis dan dia dimasukkan ke wad kanak-kanak kerana bahunya disyaki terseliuh semasa dilahirkan.
Zaidah berkata, bayinya dibenarkan keluar wad lima hari kemudian dan doktor memberitahu bahawa anaknya hanya cedera terseliuh, bukan patah tulang.
Namun katanya, setelah dibawa pulang, bayinya kerap meragam dan menangis malah tangan kirinya tidak aktif berbanding tangan kanan.
"Saya membawa anak ke klinik swasta dan terkejut apabila doktor mengesahkan dia patah tulang selangka pada bahu kiri berdasarkan hasil ujian X-ray," ujarnya.
bersabar laa kak..mmg,dunia ni dah xbtl skrg..kesian tgk ank akak..teruskan kak,tegakkan keadilan!
ReplyDeletehosp skunk mmg cuai!!!!! keje smts2 nk duit je!!! tak pernah ikhlas!!
ReplyDeletesaman je..klu ape2 terjadi kt anak akak repot polis...
ReplyDeleteSabar paling penting....
ReplyDeletekeadaan telah tejadi...so buat tindakan mengikut undang2 dan kalau perlu saman- samanlah..