Friday, January 16, 2009

Dengarnya... Padah tidak tahu berbudi bahasa


TAK sangka Cik Normah sikap sebenar pelakon lelaki yang selalu dikaitkan dengan seorang pelakon ini biarpun ada yang sangsi dengan orientasi seksnya. Tapi bukan itu yang Cik Normah nak cakap. Biarlah, dia nak suka lelaki ke, perempuan ke, itu masalah dia. Sebaliknya apa yang Cik Normah nak sentuh ialah sikap pelakon itu yang mula letak harga.

Cik Normah tak nafikan pelakon ini mempunyai bakat tersendiri dalam lakonan. Gaya dan mutu lakonannya bagi Cik Normah wajar dibanggakan sebab dia antara pelakon lelaki yang terus menyemarakkan dunia seni. Baru-baru ini kawan Cik Normah, beritahu yang dia terhidu cerita mengenai sikap pelakon itu yang digugurkan namanya dalam sebuah filem disebabkan sikap kurang ajarnya.

Dalam satu perbincangan yang membabitkan pelakon itu dengan pengarahnya berakhir dengan kekecewaan apabila pengarah itu menggugurkan namanya. Akhirnya watak yang sepatutnya dipegang pelakon itu digantikan dengan adik pelakon jelita berkulit gebu. Haa... kau kan dah kena buku dengan ruas.

Cerita kawan Cik Normah lagi, dek sikap pelakon itu yang tak reti nak berbudi bahasa, pengarah filem itu pun naik meluat dan daripada ingin mempertimbangkan hasrat untuk menawarkan watak dan sedia berunding soal harga dengan pelakon itu, akhirnya habuk pun tak ada.

Sebaliknya, oleh kerana sikap diplomasi pelakon pengganti (adik kepada pelakon berkulit gebu), pengarah itu bersedia bertolak ansur mempertimbangkan harga yang dimintanya dan sekali gus sudi menawarkan watak kepada pelakon itu.

Kalau ada budi bahasa dan cakap berlapik, mesti pengarah itu faham situasi sebenar. Lihat siapa yang rugi, pelakon asal itu juga yang melepas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: