Cik Normah tidak berniat hendak memihak atau menuding jari siapa betul, siapa salah apabila membaca cerita pasal Memey Suhaiza dan Abby Abadi. Perkara sudah terjadi.
Cik Normah faham sangat mengapa Abby berasa kecewa dan sakit hati yang amat sangat kepada Memey. Iyerlah, sesiapa pun akan berasa bengang apabila orang ambil suami kita. Perasaan Cik Normah pun mungkin akan berada seperti Abby. Tapi syukurlah suami Cik Normah tidak macam itu. Cik Normah percaya dengan ketelusan suami.
Dalam pada itu, Cik Normah juga dapat gambarkan perasaan Memey yang berasa malu, bersalah dan macam-macam lagi. Macam-macam tuduhan dan kejian dilemparkan kepada pelakon muda itu. Apa nak buat, Memey kena terima itu semua.
Tapi dalam pada itu, Cik Normah rasa tidak perlulah kita hendak berlebih-lebihan, baik kepada Abby dan Memey. Apa lagi yang kita hendak daripada Memey? Dia pun sudah minta maaf. Abby nak terima atau tidak kemaafan daripada Memey, itu adalah haknya.
Tapi Memey sudah mengaku kesalahan dia. Semuanya dibuat secara terbuka, disiarkan dalam akhbar dan TV. Bagi Cik Normah, Memey sudah meletakkan dirinya serendah-rendahnya untuk mengakui kesilapan dan kesalahan yang dia sudah buat. Takkanlah kerana kesalahan yang dilakukannya itu, kita hendak minta Memey sampai dihukum penjara pula!
Cuma Cik Normah tengok Abby masih tidak puas hati. Cik Normah rasa Abby tak perlulah lagi terus marah. Lebih baik bermuhasabah dan memikirkan kehidupan seterusnya. Lagipun, tindakan cerai yang dituntut oleh Abby sudah dipenuhi oleh suaminya Norman Hakim.
Bukannya apa, kalau banyak sangat cakap, nanti orang tak hormat dan simpati pula kepada Abby. Lagipun, baik Abby atau Memey apa yang berlaku sekarang membabitkan pasal hal perempuan. Walaupun Cik Normah tidak terbabit dalam hal mereka, tetapi Cik Normah terasa juga sebab ini pasal maruah diri orang perempuan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: