SELEBRITI remaja, Selena Gomez berkata dia sudah jarang melayari internet disebabkan banyak maki hamun yang dilemparkan dalam dunia maya itu.
“Saya mula kurang melayari internet kerana terlalu banyak perkara yang menyakitkan. Misalnya di MySpace atau FaceBook, ramai orang yang memberikan kritikan negatif tentang diri saya.
“Mereka melontarkan kata-kata yang ‘kotor’ atau umpatan yang saya sendiri tidak mengerti,” jelasnya seperti yang dipetik dari Female First.
Hos rancangan Wizards of Waverly Place itu tidak menyangka, niat baiknya berkongsi cerita dengan peminat di internet telah memakan dirinya. Kini Gomez juga tidak lagi meletakkan gambar atau video berkaitan dirinya di laman web tertentu seperti YouTube.
“Saya menjadi muat apabila selalu membaca komen-komen itu,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: