|
|
SHAH ALAM - Biarpun pernah diejek dan dipandang rendah kerana terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak akibat kecacatan pada kaki kiri, Anis Izzati Mustafa tidak pernah lemah semangat untuk mengejar kejayaan dalam hidup.
Hasil kegigihannya, gadis kelahiran Mantin, Negeri Sembilan itu kini melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Sains Bioteknologi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas kira-kira dua bulan menerima ijazah bidang sama dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Menurut Anis Izzati, 22, menyedari kekurangan pada diri, dia menanam tekad untuk berjuang dalam bidang akademik bagi menunjukkan kepada orang ramai bahawa golongan orang kurang upaya (OKU) sepertinya juga boleh berjaya.
"Disebabkan kesedaran itu, saya hanya berehat kira-kira dua bulan selepas konvokesyen Oktober lalu kerana hari ini saya sudah mendaftar sebagai pelajar baru," katanya ketika ditemui di kampus induk UiTM di sini semalam.
Semalam, lebih 1,000 pelajar baru mendaftar bagi program sarjana dan doktor falsafah (Ph.D) untuk sesi Disember 2009 hingga Jun 2010 dan dijangka jumlah keseluruhan pelajar yang mendaftar seramai 2,439 orang.
Anis Izzati berkata, kepayahan yang dialami sepanjang belajar di Kolej Matrikulasi di Johor dan kemudian melanjutkan pelajaran di UMS mengajar erti ketabahan untuk terus menggenggam kejayaan dalam bidang akademik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: