WALAUPUN kurang promosi, persembahan istimewa Azlan & The Typewriter Live di Hard Rock Cafe yang berlangsung pada petang Ahad, tetap meriah.
Apa yang penting, konsep persembahannya yang lebih santai dan dekat, berjaya menarik hampir 200 peminat setia kumpulan itu hadir lantas menepati objektifnya.
Vokalisnya, Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle memberitahu, persembahan istimewa itu bertujuan untuk menghargai jasa peminat yang menyokong karier mereka sejak kumpulan itu ditubuhkan pada 2009.
Selain itu, katanya, persembahan istimewa itu juga merupakan satu proses eksperimental daripada Azlan & The Typewriter sendiri.
“Terima kasih kepada semua yang hadir. Kita sangat menghargainya.
“Alhamdulillah, meski kurang promosi, namun segalanya berjalan lancar dan sempurna.
“Persembahan ini adalah satu testimoni daripada kita sebelum ke arah skala yang lebih besar. Kita pasti, setiap kumpulan muzik pasti mengimpikan untuk mengadakan sebuah konsert besar-besaran,” katanya kepada Zass.
Pada masa sama, katanya, Azlan & The Typewriter bakal meneruskan siri jelajah persembahan di tiga lokasi lain Hard Rock Cafe iaitu Melaka, Kota Kinabalu dan Singapura, dalam masa terdekat ini.
“Sebenarnya, perancangan untuk mengadakan siri jelajah di Hard Rock Cafe ini sudah berjalan sejak tahun lalu.
“Kita mahu meneruskan persembahan yang intim selain dapat berada dekat dengan peminat dan sebab itu kita memilih Hard Rock Cafe.
“Lagipun, restoran ini juga bertepatan dengan jiwa kita,” katanya.
Lancar single baharu
Persembahan yang berdurasi lebih dua jam itu, memperlihatkan Azlan & The Typewriter menyampaikan rangkaian lagu terbaik kumpulan itu.
Lagu-lagu yang didendangkan ialah Kelibat Si Penyair, Kasabian, Pasar Karat, Tanda Tanya, Mesin Waktu, Idola, Jeritan Batinku dan Lagu Untuk Mu.
Bahkan, mereka turut menyanyikan lagu Am I Wry, Paranoid Android dan Use Somebody yang dinyanyikan oleh kumpulan rock, Mew, Radiohead dan Kings Of Leon.
Menariknya, ketika persembahan berlangsung, Azlan & The Typewriter turut membuat kejutan dengan melancarkan dua single terbaru mereka iaitu Lebih Baik Sendiri dan Secret Shadow.
“Kita akan memuatkan dua single baharu ini dalam album terbaru yang bakal dilancarkan, tahun ini.
“Setakat ini, lebih 60 peratus sudah disiapkan. Insya-ALLAH, akan ada tujuh lagu di dalamnya,” katanya.
Masih mengekalkan genre rock alternatif, kata Azlan, ia bertepatan dengan hala tuju kumpulan itu.
“Jika untuk kumpulan ini, kita selesa untuk mengekalkan genre sebegini. Ia sedikit berbeza, jika kita tampil solo dengan pelbagai genre lagu yang boleh dinyanyikan.
“Jujurnya, kita bukan kejar populariti sebaliknya kita mahu memperjuangkan genre tersebut seterusnya mendidik pendengar muzik di Malaysia,” katanya.
Pada masa sama, kumpulan itu turut mengundang Aweera dan tiga protege Azlan dalam program Mentor Milenia iaitu Sharifah Nurilmuhayati Syed Hussain atau Nuri, Nur Izzati Mohd Rashid (Zetty) dan Siti Wan Ainnur Mohd Redzuan (Ain) sebagai penyanyi jemputan.
Secara keseluruhannya, persembahan istimewa daripada Azlan & The Typewriter berjaya memukau apatah lagi dengan kelunakan suara serak-serak basah vokalisnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: