Friday, December 18, 2009

Zizie main tarik tali

Sekarang orang sibuk bercakap pasal Zizie Ezette yang mengaku dilamar oleh seorang ahli parlimen dari Sabah. Apabila ditanya lebih lanjut, pelakon putih gebu itu main tarik tali pula.

Sengaja mahu maraih tempat di muka depan akhbar atau sememangnya mahu menjaga hati banyak pihak? Kerana lelaki yang dimaksudkan oleh Zizie sudah berkahwin.

Zizie Ezette

Zizie temui cinta baru

Kalau main tarik tali Zizie akan menjadi buruan pihak media yang mahu melaporkan berita terkini pasalnya dan mengetahui siapakah gerangan lelaki yang dimaksudkan oleh Zizie itu. Berpanjanganlah kisahnya selagi tak didedahkan.

"Siasatlah sendiri, saya tak boleh beritahu," kata Zizie sambil ketawa kepada wartawan Tengku Khalidah Tengku Bidin dari akhbar sensasi Kosmo apabila ditanya siapa gerangan lelaki yang dimaksudkannya.

Zizie enggan menyebut nama lelaki yang melamarnya kerana mahu menjaga hati banyak pihak sementelah lelaki yang dikaitkan dengannya sudah berkeluarga.

Bung Moktar Radin

Bung Moktar jadi sebutan

Walaupun tidak menyebut nama, ada nama yang dikaitkan iaitu Datuk Bung Moktar Radin.

Malah ibu Zizie, Khaty Fauziah mengakui Bung ada ke rumahnya untuk berjumpa dengan Zizie. Malah Khaty sedia menerima sekiranya ahli poitik itu berjodoh dengan anaknya.

Benarkah Zizie mahu menjaga hati banyak pihak? Kalau benar sebaiknya Zizie berdiam diri sahaja jangan komen apa-apa. Barulah benar menjaga hati pihak yang berkaitan khususnya anak dan isteri lelaki yang dikaitkan dengannya.

Zizie Ezette

Masih berselindung

Zizie juga mengatakan belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak lamaran seorang lelaki. Banyak perkara yang mahu difikirkan sebelum membuat keputusan.

Pelik juga bila Zizie beriya-iya bercerita pasal pinangan seorang lelaki dan dalam masa yang sama dia belum membuat keputusan. Alangkah baiknya kalau Zizie tidak membuka mulut pasal itu, tidaklah orang kecoh. Setelah membuat keputusan barulah sesuai untuk menghebahkan.

Sekarang ini musim pengundian awal Anugerah Bintang Popular. Agaknya kali ini pasti nama Zizie akan terlekat kerana pengundi banyak membaca kisah cintanya yang menjadi paparan akhbar utama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: