Tuesday, December 29, 2009

Bukan mudah jadi pelawak, sentiasa dicemuh: Din Beramboi

Jika sebut nama Mior Ahmad Fuad, pasti ramai yang tidak mengenalinya. Namun apabila disebut Din Beramboi, pasti ada yang sudah tersenyum kerana pemilik nama ini sudah sinonim dengan lawak

Berlawak secara spontan dan penuh bertenaga, Din Beramboi mampu membuat penonton tak kering gusi dengan setiap lawaknya.

Namun ada yang mengatakan Din Beramboi seakan pelawak ‘kurang ajar’ yang terlalu longgar bicaranya tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Din tidak mudah melatah dengan kenyataan tersebut malah berterima kasih kepada sesiapa yang bercakap begitu terhadapnya.

“Saya sudah ada dalam industri ni sekian lama. Saya tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh cakap dan apa yang tak boleh cakap. Biasanya orang cakap macam tu apabila tak puas hati dengan saya.

“Contohnya ketika menjadi juri pertandingan. Saya perlu tegas dengan kata-kata saya. Mungkin kerana itu orang tak boleh terima.

“Ketika menjadi juri untuk memilih peserta Raja Lawak musim keempat, ada peserta yang saya angkat dan bawa turun daripada pentas.

"Ada juga peserta yang kena baling botol dan macam-macam lagi. Sebab apa? Sebab mereka tidak boleh jadi pelawak dan menyampaikan lawak dengan baik.

“Saya tidaklah begitu kejam sangat cuma manusia ni yang terlalu sensitif terhadap persekitaran hingga apa yang kita cakap dianggap kurang ajar.

"Bagi saya ok saja kerana kalau kerana satu perasan nak kena jaga, macam mana dengan perasaan orang lain. Jadi, biarlah apa nak cakap mengenai diri saya ini,” katanya.

Menurutnya, sejak berkecimpung dalam dunia hiburan, sudah banyak pengalaman yang dikutip.

“Bukan mudah untuk jadi pelawak. Memang inilah yang akan dicemuh.

Orang sentiasa tak puas hati dengan kita. Jadi jalan terbaik, buat hal sendiri dan pedulikan apa orang nak cakap,” katanya.

2 comments:

  1. setiap minggu saya tak lepas tengok Raja Lawak tapi saya rasa ramai jugak yang nak tengok Din Beramboi buat kami ketawa dengan karektornye sebagai juri ... hahahahahahhahaha!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: