Tuesday, December 29, 2009

Dengarnya...: Pengajaran kepada Scha





PADA Sabtu lalu heboh kisah tiga selebriti muda iaitu Awal Ashaari, Scha Al Yahya dengan Juliana Evans ditahan di sebuah pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur. Heboh jugalah dunia hiburan apabila kisah penahanan mereka terpampang di surat khabar. Maklumlah sebelum ini ketiga-tiga selebriti ini mempunyai rekod yang bersih, jadi apabila tiba-tiba mereka ditahan kecoh jugalah dibuatnya.

Cik Normah sempatlah menjenguk ke beberapa laman sembang, habis teruk ketiga-tiga mereka dikutuk terutamanya Scha AlYahya. Selama ini Scha disangka gadis baik dan bersih, tetapi apabila berlakunya kes itu, macam-macam orang mengata.

Dalam Hip semalam, Cik Normah tengok muka Scha sugul habis. Kata Scha dia pergi ke sana kerana nak raikan ulang tahun sahabatnya dari Australia. Kenapa tak ajak raikan kat restoran mamak saja! Senang, selamat dan murah.

Kalau Cik Normah jadi Scha tentulah Cik Normah takut, ialah sedang kerjaya berada di kemuncak tup-tup nama dipalit dengan kisah hitam. Kalau dilihat pergi ke masjid tak apalah, ini ditangkap ketika berada dalam kelab. Apatah lagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian bakal berlangsung tak lama saja lagi, Cik Normah takut nanti perkara itu memberi kesan kepada undian Scha pula.

Berbalik kepada kisah Scha pergi ke kelab, dalam Hip semalam, Scha menyebut dia baru saja habis penggambaran Awan Dania. Tapi dari apa yang Cik Normah dengar sebenarnya malam itu Scha tidak terbabit dengan sebarang penggambaran. Betul atau tidak ada penggambaran Cik Normah tak pasti sebab itu apa yang orang sampaikan. Tapi apa motif dia berkata demikian? Adakah Scha nak beritahu yang dia langsung tidak merancang ke kelab kerana dia ada penggambaran tetapi dia terperangkap sebab undangan kawan?

Tak mengapalah Scha, hanya Scha saja yang tahu apa yang berlaku. Apa yang berlaku jadi pengajaran. Cuma, Cik Normah takut populariti Scha merudum hanya disebabkan sedikit masalah sosial. Maklumlah peminat kita ini selalunya sukakan artis yang baik-baik contohnya macam Datuk Siti Nurhaliza, jadi pandai-pandailah Scha jaga nama kalau mahu bertahan lama dalam industri.

4 comments:

  1. Memang pergi ke tempat begitu tiada kebaikannya. Tempat begitu 'gelap' dan dipenuhi oleh IBLIS dan konco-konconya.
    Kalau manusia tahu atau AMBIL TAHU tentang fadhilat dan PAHALA pergi ke MASJID...nescaya semua org akan berebut-rebut segala pahala yg ALLAH sediakan.

    ReplyDelete
  2. klau artis pergi masjid or wat amal sane sini sibuk dok kate artis 2 nk tunjuk baik lah itu la inilah tp bile dh jd camni pandai la bawa diri ye...dunia artis ni bkn nyer kerjaya semata tetapi perjuangan di medan perang....tepuk dada tanya iman jgn tanya selera

    ReplyDelete
  3. SAYANG SCHA.. LEN KALI X YAH LG PG TMPAT2 CAM TOO..
    SMUA ORANG WAT KESILAPAN.. ORANG LAIN CUMA NAMPAK KESALAHAN KITA JE..ALL THE BEST FOR 2010.. LOVE U..

    ReplyDelete
  4. kesian Scha jgn la kutuk dia lagi.may be ni lesson utk dia pas ni pandai2 jaga diri ye coz Scha artis and now tgh naik nama. at least Scha tak rampas husband org, tu lagi penting, ok Scha all d best!dont go club anymore tau, xelok!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: