Tuesday, December 29, 2009

Pak Hitam kuasai padang taman - Penduduk setempat hanya mampu melihat, tidak berani tegur


GELAGAT warga Afrika yang menguasai padang bola di kawasan perumahan Taman Sri Bahagia, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Sekali pandang tidak ada yang salah apabila melihat sekumpulan warga asing dari benua Afrika bermain bola sepak di padang Taman Sri Bahagia, Cheras dekat sini.

Namun apa yang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk di situ apabila mereka mula bergaduh sesama sendiri, membuat bising, minum arak, membuang air kecil merata tempat, memasang muzik dengan kuat dan memandu laju.

Lebih menyakitkan hati, ada di antara mereka berani bergaduh dan melakukan perbuatan vandalisme apabila perbuatan mereka ditegur.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati selain bermain bola sepak, beberapa orang daripada kumpulan warga asing tersebut menjadi tukang sorak dan membuat bising di kawasan tersebut.

Dakwaan penduduk setempat mengenai sikap mereka yang sering bergaduh terbukti benar apabila mereka dilihat berbalah sesama sendiri apabila tidak berpuas hati dengan permainan bola sepak.

Mereka meneruskan permainan yang berlarutan sehingga pukul 7.30 malam sebelum pulang ke rumah masing-masing yang terletak di kawasan berhampiran.

Seorang penduduk, Zamani Ishak, 41, berkata, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Batu 9 kerana tidak tahan dengan perangai yang ditunjukkan oleh kumpulan Pak Hitam terbabit.

1 comment:

  1. Sape suruh kerajaan import ramai sgt bangsa ni.
    skrg baru tau nk mengadu. Korang sndiri yg pilih pemimpin. padan muka. Bodooohhh!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: