Tuesday, December 29, 2009

Dengarnya...: Majalah 3, Nurul Syuhada direhatkan

TAK lama lagi peminat atau penonton Majalah 3 akan merindui program berkenaan kerana program yang dihoskan oleh Nurul Syuhada itu akan direhatkan selama tiga bulan. Bila ia akan bermula Cik Normah tak pasti, tapi dari cerita yang Cik Normah dengar program itu akan berhenti seketika untuk memantapkan lagi program berkenaan.

Cik Normah dapat tahu orang kuat Majalah 3 diberi peluang untuk mencari bahan-bahan baru bagi memperkemaskan lagi program majalah yang popular itu. Dalam waktu yang sama dengan ketiadaan Majalah 3, slot berkenaan akan diisi dengan program Cerekarama.

Satu lagi yang menimbulkan tanda tanya adalah mengenai pengacara program berkenaan, Cik Normah ada juga risik kepada orang-orang yang berkenaan apakah Nurul Syuhada akan dikekalkan atau diganti dengan pengacara baru seperti mana yang berlaku kepada Nona, mereka tak memberikan jawapan. Sebaliknya hanya melemparkan senyuman penuh tanda tanya kepada Cik Normah.

Disebabkan slot Cerekarama dipercepatkan dari jam 9 hingga 11 malam, hari Sabtu ini, penonton TV3 boleh menyaksikan sebuah lagi program gosip yang diberi nama Fuhh! Kononnya program gosip selama satu jam itu akan mengupas lebih lanjut isu-isu yang berlaku di dalam industri hiburan tanah air.

Cik Normah memang tak sabar lagi menantikan program baru itu, nak tengok juga apakah ia akan sehebat Melodi ataupun Terjah yang bakal dikendalikan Nas Ahmad.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: