
Penubuhan Angkasa merangkumi beberapa objektif. Pertama, menyatukan koperasi-koperasi di Malaysia supaya dapat menjaga dan memper-juangkan hak dan kepentingan pergerakan koperasi. Kedua, mengawasi dan menjaga kepentingan anggota-anggota dan Ketiga, mengambil daya usaha bagi menggalakkan aktiviti dalam bidang sosioekonomi negara.
Menurut Naib Yang Dipertua Angkasa, Datuk Mustapa Kamal Maulut, satu anjakan paradigma harus dilakukan oleh Angkasa bagi memastikan kesinambungan kemajuannya, misalnya tidak hanya bergantung pada kod potongan gaji semata-mata yang sudah lebih 38 tahun dilaksana-kan itu. Melaluinya, kakitangan kerajaan boleh mendapatkan kemudahan bayaran balik pinja-man daripada koperasi-koperasi Angkasa, sekali gus menjadi sumber pendapatan tunggal Angkasa sejak sekian lama.
Keadaan ini menjadikan Angkasa sangat bergantung pada operasi kod potongan gaji sahaja sebagai sumber pendapatan kerana pendapatan daripada aktiviti itu sudah pun lumayan. Contohnya, bagi tahun kewangan Angkasa yang berakhir 30 Jun lalu, RM65 juta atau 95 peratus adalah daripada hasil mengen-dalikan kod potongan gaji. Baki lima peratus adalah daripada simpanan tetap dan lain-lain. Berikutan pendapatan Angkasa hanya bersandar kepada kod potongan gaji, akhir-akhir ini timbul masalah apabila Akaun-tan Negara mahu memberi kod potongan gaji kepada bank-bank, sekali gus memecah monopoli Angkasa.
Dalam masa sama pihak tertentu seperti Cuepacs juga berhasrat menjadi institusi yang menguruskan kod potongan gaji. Ini boleh menimbulkan implikasi besar, monopoli Angkasa akan terhakis dan pendapatan berkurangan serta bakal tidak berupaya untuk mengendalikan program-program latihan dan pendidikan kepada koperasi-ko-perasi di bawah naungannya lagi. Dalam masa sama kos pengen-dalian Angkasa juga akan ber-tambah seiring dengan kepesatan pembangunan negara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: