Tuesday, December 29, 2009

Pihak berkuasa Turki kesan unit rahsia tentera


BEBERAPA askar mengawal pintu masuk kem Unit TIndakan Khas di Ankara, Turki.

ANKARA - Pihak berkuasa Turki melakukan gerakan mengesan satu unit rahsia tentera semalam selepas lapan pegawai ditahan kerana mengintip sebuah kawasan dekat rumah pegawai kanan kerajaan pro-Islam.

Pihak berkuasa tidak mendakwa lelaki itu dan tidak menyatakan punca penahanan mereka.

Dua daripada mereka ditahan oleh skuad antipengganas dekat rumah Timbalan Perdana Menteri, Bulent Arinc pada 19 Disember lalu.

Bulent berkata, pihak berkuasa mencari maklumat sama ada pegawai-pegawai tentera mengintipnya secara rahsia.

Beliau turut menafikan terdapat plot untuk membunuhnya.

Pihak tentera menyatakan askar-askar memantau aktiviti seorang anggota tentera yang dipercayai membocorkan maklumat tersebut.

Isu itu menjadi topik hangat kerana pihak tentera yang disokong golongan sekular berasa tidak yakin terhadap kerajaan yang diperintah oleh parti pro-Islam.

Namun, Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan menafikan terdapat sebarang ketegangan antara kerajaan dengan pihak tentera.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: