Tuesday, December 29, 2009

Tidak merokok prasyarat bantuan


AHMAD SHABERY (tengah) bersama peserta Ekspedisi 1Belia 1Malaysia menunjukkan isyarat 1Malaysia pada majlis pelancaran di Seri Kembangan.

KUALA LUMPUR - Tabiat tidak merokok mungkin dicadangkan sebagai prasyarat untuk belia dan pelajar yang memohon bantuan kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan itu disuarakan kerana banyak pihak terutama golongan belia dan pelajar masih mampu membeli rokok meskipun harga barangan itu sudah beberapa kali dinaikkan.

"Dia kata miskin, tiada apa-apa. Tetapi kalau boleh beli rokok, kita kata anda tidak layak terima apa-apa bantuan. Rokok mampu beli, kenapa lain tak mampu beli," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negara serta melancarkan Ekspedisi 1Belia 1Malaysia di Seri Kembangan dekat sini semalam.

Kelmarin Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan mulai 1 Januari ini harga minimum rokok ditetapkan kepada RM6.40 bagi 20 batang.

Tindakan itu adalah untuk mengurangkan kemampuan membeli rokok terutama oleh golongan muda dan yang berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: