Tuesday, December 29, 2009

Dagangan Korea-Malaysia akan cecah RM100 bilion


SEORANG lelaki menguji sebuah komputer riba Samsung Electronics yang dipamerkan di Seoul, Korea Selatan.

KUALA LUMPUR - Hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka meningkat berikutan pertambahan pelaburan perdagangan lebih RM100 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.


Duta Korea Selatan ke Malaysia, Yang Bong-Ryull (gambar) berkata, peningkatan tersebut memperlihatkan perluasan sektor lain termasuk dalam bidang bioteknologi, tenaga boleh ubah dan perbankan Islam.

"Jumlah perdagangan yang bernilai RM50 bilion hanya tertumpu kepada sektor tertentu seperti elektronik dan elektrik.

"Korea melihat Malaysia mempunyai potensi besar disebabkan pelbagai faktor termasuk kekayaan sumber alam seperti kelapa sawit yang dapat memacu sektor bioteknologi," katanya pada sidang akhbar selepas Forum Tenaga Bio Korea-Malaysia di sini semalam.

Bong-Ryull turut berharap para pelabur Malaysia akan melabur di Korea kerana negara itu mempunyai teknologi tinggi yang dapat memantapkan lagi sektor yang mereka ceburi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: