NEW YORK - Rachel Uchitel iaitu wanita yang digosipkan mempunyai hubungan sulit dengan pemain golf terkenal dunia, Tiger Woods sanggup mengambil ujian pembohongan, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurutnya, dia sanggup berbuat demikian bagi membuktikan kisah penafiannya berhubung khabar angin tersebut yang kini menjadi tumpuan ramai peminat sukan itu tidak benar.
Rachel menjelaskan, sumber utama berita yang mengatakan dia mempunyai hubungan dengan Woods itu didapati bukan rakan kenalannya.
Menurutnya, wanita yang menjual berita bahawa dia mempunyai hubungan dengan Woods itu dikatakan mendapat AS$25,000 (RM84,518).
Rachel berkata, seorang lagi wanita yang menjual berita itu dilaporkan mendapat jumlah wang yang sama.
"Beberapa majalah lain telah mendengar berita mengenainya tetapi menolak untuk menyiarkannya kerana tidak mempunyai bukti kukuh," katanya.
Wanita itu mendedahkan perasaannya semasa Woods menarik diri daripada menyertai pertandingan golf amal pada minggu ini dan beberapa kejohanan lain.
Spekulasi semakin memuncak bahawa Woods terlibat dalam kemalangan jalan raya di luar kediamannya di Florida selepas berbalah dengan isterinya, Elin berhubung khabar angin yang mengaitkan dirinya dengan Rachel.
Pada malam kelmarin, polis di Florida dilaporkan berusaha mendapatkan perintah mahkamah bagi memeriksa rekod perubatan bintang sukan tersebut selepas dia enggan bercakap dengan pegawai-pegawai polis berhubung kemalangan jalan raya itu.
Pegawai-pegawai polis mahu memastikan sama ada luka di muka Woods itu akibat kemalangan raya dan tidak ada pergaduhan antara dia dengan isterinya.
Mereka turut mahu memastikan sama ada bintang golf itu berada di bawah pengaruh pil penahan sakit apabila dia merempuh keretanya pada sebatang pokok dan pili bomba di luar kediamannya pada Jumaat lalu.
Sebelum ini laman web TMZ melaporkan muka Woods dicakar oleh isterinya dan menyerang kereta dipandu bintang sukan itu dengan kayu golf semasa dia cuba memandu keluar dari rumahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: