Wednesday, December 2, 2009

Bekas ratu meninggal selepas pembedahan

BUENOS AIRES - Bekas ratu cantik Argentina, Solange Magnano (gambar) meninggal dunia akibat komplikasi selepas dia menjalani pembedahan plastik di punggung.

Magnano yang merupakan ibu satu pasangan kembar memenangi pertandingan ratu cantik Argentina pada 1994.




Dia yang berumur 38 tahun meninggal dunia pada Ahad lalu selepas tiga hari berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di sini.

Seorang rakan rapatnya, Roberto Piazza berkata, prosedur pembedahan plastik itu melibatkan suntikan dan cecair yang memasuki paru-paru dan otak Magnano.

Stesen televisyen negara itu menyiarkan gambar pengebumian bekas ratu itu kelmarin.

Menurut Dr. Gondola Courts Triton, Magnano mengalami masalah pernafasan semasa dia tiba di hospital.

Keadaan kesihatannya merosot sehingga bekas ratu itu menghadapi embolisme.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: