HYDERABAD - Gabenor Andhra Pradesh di India, Narain Dutt Tiwari yang berumur 86 tahun meletakkan jawatan selepas program berita di satu rangkaian televisyen menyiarkan pita video yang menunjukkan dia tidur dengan tiga wanita.
Sebelum ini terdapat desakan supaya Tiwari meletakkan jawatan ekoran satu pita video yang menunjukkan dia berada di atas katil bersama tiga wanita.
|
|
Pejabat Tiwari menafikan dakwaan itu dengan mendakwa pita tersebut palsu.
Tiwari telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Presien India kelmarin dengan menyatakan masalah kesihatan sebagai punca peletakan jawatannya.
"Laporan berita itu direka-reka, salah dan berniat jahat denga tujuan untuk mencemarkan imej gabenor," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pembantu Tiwari,
Menurut laporan berita rangkaian ABN Andhra Jyoti News, tiga wanita itu dibawa ke Hyderabad oleh seorang wanita lain yang telah dijanjikan untuk mendapat pajakan lombong daripada Tiwari sebagai pertukaran.
Laporan itu menjelaskan wanita tersebut akan mendedahkan perbuatan Tiwari selepas dia tidak menunaikan janjinya.
Sebuah mahkamah tidak membenarkan rangkaian stesen TV itu menyiarkan pita video tersebut selepas pembantu Tiwari mengemukakan permohonan pada Jumaat lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: