|
|
SEATTLE - Seorang remaja, Colton Harris-Moore, berusia 18 tahun, dianggap wira oleh penduduk setempat yang digelar sebagai 'pencuri berkaki ayam' di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.
Gelaran itu diberikan kepadanya setelah dia yang terlibat dalam beberapa kejadian rompakan berjaya memboloskan diri daripada ditangkap polis dengan berkaki ayam.
Harris-Moore yang dikatakan gemar menanggalkan kasut mempunyai rekod jenayah sejak berusia 12 tahun dan dikaitkan dengan lebih 50 rompakan di tiga buah daerah.
Dia pernah ditangkap pada 2007 dan dijatuhi hukuman tahanan dalam sebuah rumah di sini tetapi dia melarikan diri pada 2008.
Sejak Oktober tahun ini tiada berita yang didengari mengenainya, namun seorang produser Hollywood berminat untuk membuat sebuah filem mengenai kehidupan Harris- Moore.
Harris-Moore mempunyai sekumpulan pengikut termasuk sekumpulan peminatnya dalam laman sosial Facebook. Seorang lelaki di Seattle telah menjual baju T yang mempunyai gambarnya.
Namun remaja itu yang mendapatkan gelaran daripada majalah Times sebagai pencuri remaja paling dikehendaki untuk 2009 nampaknya tidak popular di kalangan pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: