Wednesday, December 2, 2009
Radhi mahu cerai suci
PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon, Radhi OAG mendakwa akan menceraikan isterinya, Shazlin Shariff secara baik kerana menyayangi wanita itu di samping sudah bosan dengan kisah rumah tangganya yang disensasikan.
Radhi, 31, mendakwa, dia sudah ‘malas’ dengan apa yang berlaku dan mahu semuanya segera selesai sebelum tahun hadapan bagi membolehkan dia menumpukan perhatian pada kerjayanya.
Dia sepatutnya hadir pada jam 10.30 pagi di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam untuk mengesahkan lafaz cerai yang dipohon isterinya bagaimanapun sehingga jam 11 pagi prosiding dimulakan, dia masih tidak kelihatan mengakibatkan peguam Shazlin, Rubiah Jaafar memohon kepada Hakim Ghazali Ahmad supaya menetapkan tarikh bicara lain sekali gus meminta perintah waran tangkap terhadapnya diteruskan.
Pada Oktober lalu, Shazlin, 31, (plaintif) memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai atas dakwaan Radhi (responden) telah menceraikannya dengan talak tiga melalui telefon, pada 25 Februari lalu.
Ini kali kedua Shazlin memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai selepas kali pertama pada 15 September 2008.
Sementara pada 27 Julai lalu, mahkamah sama mengesahkan tidak berlaku perceraian antara mereka selepas Radhi membuat lafaz sumpah penafian (sumpah Syarie) terhadap permohonan lafaz cerai pertama tersebut.
Semalam, Radhi tiba di mahkamah kira-kira lima minit selepas Shazlin dan Rubiah beredar.
Berikutan itu Radhi mendakwa kesal kerana Shazlin tidak mahu menunggunya hingga menyebabkan kes ditangguhkan.
“Saya tidak terima konsep tidak mahu menunggu saya selama lima minit,” katanya.
Dia mendakwa terlewat akibat kesesakan jalan raya di Kota Damansara tetapi telahpun memberitahu (telefon) Shazlin bahawa dia dalam perjalanan.
Ketika diminta memberi komen mengenai khidmat guaman pula, Radhi berkata, dia yakin boleh membela dirinya sendiri dalam menyelesaikan masalah rumah tangganya tanpa memerlukan bantuan peguam.
Merujuk kepada kes pengesahan lafaz cerai talak tiga itu katanya, dia bertegas menafikan telah melafazkan talak tiga terhadap Shazlin.
“Itu tidak relevan,” katanya.
Bagaimanapun kata Radhi, untuk memudahkan semuanya dia bersetuju untuk menceraikan Shazlin secara baik.
“Saya nak ceraikan dia cara baik dan suci.
“Sayang punya pasal, sebab itu saya lepaskan dia,” katanya.
Artis itu mendakwa tidak mahu lagi publisiti terhadap kisah rumahtangganya sebaliknya mahu menumpukan perhatian kepada album baru tersebut.
Seperti katanya pada awal tiba di mahkamah, “Boringlah...tak ada cerita lain ke?”
Dalam pada itu, jam 11.30 pagi, Radhi gagal dalam cubaanya untuk membatalkan perintah waran tangkap yang dilanjutkan terhadapnya.
Perbicaraan baru ditetapkan 18 Januari tahun depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: