Wednesday, December 9, 2009

Pub anjur karaoke untuk pelakon lucah


DUA pelakon lucah diraikan oleh hos Nicki Hunter (kiri) yang juga penggiat bidang pornografi di pub Sardo's Grill dan Lounge, Burbank, California kelmarin.


BURBANK, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah pub di sini, California menjadi popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong sejak ia menganjurkan Malam Karaoke Bintang Pornografi pada setiap hari Selasa.

Pada hari berkenaan, pub Sardo's Grill & Lounge dipenuhi dengan pengunjung yang datang untuk melihat bakat nyanyian aktres dan aktor filem lucah AS.

"Saya dahulu pernah membuat rakaman lagu tetapi memilih menjadi bintang pornografi kerana tawarannya lumayan," kata seorang aktres lucah popular, Nicki Hunter selepas nyanyiannya mendapat tepukan gemuruh para pengunjung.

Premis yang dimiliki seorang bekas pustakawan berusia 52 tahun, Seymour Satin itu turut menjadi tempat di mana puluhan pelakon dan penggiat industri filem lucah berehat selain mengadakan rundingan perniagaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: