TAMPA - Seorang pondan Amerika Syarikat (AS), Zikerria Bellamy (gambar) mendakwa restoran McDonald's melakukan diskriminasi terhadapnya apabila dua pengurus restoran itu enggan menemu duganya untuk satu pekerjaan, menurut satu aduan yang difailkan kelmarin.
Bellamy yang berumur 17 tahun menyatakan dua pengurus di restoran McDonald's di Orlando tidak membenarkan dia ditemu duga dalam dua kejadian berasingan pada Julai lalu.
Menurutnya, seorang pengurus menyatakan dalam satu rakaman suara bahawa dia tidak akan mengupah seorang pondan.
Namun, jurucakap restoran itu, Allison Garrett berkata dalam satu kenyataan bahawa pekerja tersebut bertindak di luar bidang tugasnya dan tidak ditugaskan untuk mengambil pekerja baru.
Menurutnya, McDonald's mempunyai dasar sifar larangan diskriminasi atau gangguan di dalam restoran.
Bellamy merupakan seorang lelaki yang hidup sebagai wanita sejak enam tahun lalu.
Dia turut menyatakan seorang pengurus yang menemuinya untuk tujuan temu duga ketawa apabila melihat dirinya sebelum memberi alasan sibuk dan tidak dapat menemu duganya.
Dana Pendidikan dan Pembelaan Undang-Undang Transeksual yang membuat aduan itu bagi pihak Bellamy menyiarkan rakaman suara pengurus yang menghinanya di laman YouTube.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: