Wednesday, December 2, 2009

Perjanjian antiperlumbaan senjata ASEAN


ORANG ramai melihat pertunjukan pesawat Tentera Udara
Diraja Australia, F-111 Aadvark di LIMA 2009 Langkawi.


LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, satu perjanjian antiperlumbaan senjata perlu dirangka oleh negara-negara ASEAN bagi mengelak berlaku perlumbaan senjata antara negara-negara anggota sekali gus dapat mengurangkan beban kos perbelanjaan senjata yang semakin meningkat.

Menurut beliau, perlumbaan senjata tidak seharusnya berlaku terutama di tengah-tengah keadaan krisis ekonomi dunia yang agak membimbangkan.

"Kalau tidak mahu perlumbaan senjata, mesti ada perjanjian antara negara-negara (ASEAN) yang mereka tidak akan menambah keupayaan mereka. Kalau kita sahaja yang kurangkan kemampuan kita manakala orang lain terus menambah keupayaan, mungkin kita akan dijadikan sasaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyaksikan pertunjukan udara sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2009 (LIMA 2009) yang bermula di sini semalam.

Ditanya pendapatnya mengenai perlumbaan senjata, Mahathir berkata, beliau berpendapat kos perbelanjaan senjata kini semakin tinggi dan kebanyakan negara tidak mampu, sedangkan apa yang dibelanjakan itu tidak akan dapat pulangan melainkan kalau ada berlaku peperangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: