Wednesday, December 2, 2009

Kes saham RM1.25j ke mahkamah


ABU Khalil (kanan) hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam berhubung surat ikatan amanah.





KUALA LUMPUR - Seorang Datuk memfailkan pembatalan surat ikatan amanah (Trust Deed) bernilai RM1.25 juta unit saham syarikat yang diberikan kepada bekas isteri dan empat anak perempuannya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Datuk Abu Khalil Akashah, 68, memfailkan pembatalan tersebut pada 17 November menerusi peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Plaintif menamakan bekas isterinya, Datin Nik Rahimah Wan Ahmad (gambar), 66, dan anak-anak mereka, Lailatul Shahreen Akashah, 39; Lailatul Zuraidha Akashah, 42; Khalimahtul Idreena Akasah, 33, dan Khalimahtul Ema Durrah, 26, sebagai defendan-defendan kes itu.

Surat ikatan amanah bertarikh 9 September itu pula ditandatangani Abu Khalil, Nik Rahimah, Lailatul Shahreen dan tiga lagi adik-beradik nya sebagai persetujuan syarikat milik keluarga mereka dikongsi bersama dengan pembahagian saham 1.25 juta unit saham setiap seorang.

Syarikat Asie Sdn. Bhd. terlibat dalam perniagaan hartanah, pembinaan, minyak dan elektronik.

Nik Rahimah yang diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruszaman bagaimanapun membantah permohonan plaintif yang mendakwa surat ikatan amanah yang dipersetujui kedua-dua pihak pada 2003 tidak sah mengikut undang-undang Islam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: