KUALA LUMPUR - Bagi tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini, kunjungan pelancong asing mencatatkan jumlah 19.15 juta orang dan 22 peratus daripadanya adalah pelancong Islam.
Tempoh itu turut memperlihatkan jumlah pendapatan bagi keseluruhan industri pelancongan negara mencatat kira-kira RM35 bilion.
Ini bermakna, dalam tempoh itu, Malaysia telah menerima kunjungan seramai 4.48 juta pelancong Islam yang rata-ratanya dari negara India, Indonesia, Arab Saudi, Afrika Utara, Thailand dan Brunei.
"Ia meningkat sebanyak 7.2 peratus berbanding 18.15 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu dan sumbangan pelancong Islam juga menunjukkan peningkatan yang signifikan.
"Perkembangan yang memberangsangkan itu disebabkan kesan kepada peluang dalam industri pelancongan yang menawarkan pembuatan produk dan penyedia perkhidmatan halal," kata Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM), Datuk Mirza Mohammad Taiyab ketika ditemui pada majlis Minggu Pelancongan Islamik Antarabangsa di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: