KUALA LUMPUR - EON Bank Bhd. menyasar mengeluarkan 750,000 kad kredit tahun depan berbanding 660,000 kad yang dikeluarkan pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Micheal Lor berkata, syarikat itu kini merancang lebih banyak promosi dan kempen untuk mencapai sasaran tersebut.
"Kami tidak menjangka sebarang masalah untuk mencapai sasaran itu, lebih-lebih lagi dengan peningkatan penggunaan kad terbaik kami, Kad Visa GSC- EON Bank," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Blog & Menang dan Muat Turun & Menang sempena promosi filem terbaru The Storm Warriors.
Pertandingan yang berlangsung selama sebulan itu menarik seramai 2,500 peserta dan diadakan secara dalam talian di laman sesawang www.gsc-eonbankcard.com.
Lor berkata, pada masa kini terdapat sebanyak 23,000 pemegang Kad Visa GSC-EON Bank iaitu kad kredit hasil jalinan kerjasama dengan syarikat pawagam terkenal, Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd. (GSC) sejak dilancarkan pada Mei lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Lor berkata, kad kredit bank itu hanya terjejas sedikit selepas kerajaan mengumumkan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 ke atas setiap kad kredit mulai tahun depan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: