KOTA BHARU - Kementerian Pengajian Tinggi akan bekerjasama dengan pihak berwajib terutama institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi memastikan pelajar asing yang tulen sahaja diterima masuk belajar di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu bagi memastikan pelajar asing tidak mengambil kesempatan menggunakan visa pelajar untuk melakukan kegiatan sampingan seperti anasir gejala sosial di negara ini.
Menurut beliau, kerajaan tidak mahu menjadikan Malaysia sebagai batu loncatan kepada warga asing untuk melakukan kegiatan tidak bermoral.
"Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen, polis dan IPTS yang bertanggungjawab terhadap kemasukan warga asing terbabit," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini malam semalam.
Hadir sama Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Ir. Zainai Mohamed.
Mohamed Khaled menambah, kerajaan tidak bercadang untuk menyekat kemasukan pelajar asing ke negara ini kerana ia memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara iaitu di antara RM2 bilion dan RM3 bilion setahun melalui sektor pendidikan tinggi negara ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: