Sunday, December 20, 2009

Pasha Ungu takut digoda


ALBUM Penguasa Hati daripada Ungu terjual dengan lebih cepat berbanding empat album terdahulu kerana kelainan lagu Hampa Hatiku yang mempunyai saduran rap.


LELAKI dengan nama sebenar Sigit Purnomo Syamsuddin Said atau cukup terkenal dengan nama komersialnya, Pasha, duduk melayan media Malaysia saat hadir mempromosikan album kelima Ungu, Penguasa Hati.

Tahu banyak media ingin bertanya tentang hal peribadinya, Pasha tidak lari. Dia sebaliknya menjawab satu persatu soalan yang dilemparkan dengan penuh ikhlas. Pasha menjawab isu dia kaki pukul, buaya darat dan kehidupannya kini sebagai duda hangat Indonesia.

Beritahu vokalis yang sempat dikaitkan mempunyai hubungan dengan Acha Septriasa, Rossa dan Aura Kasih ini, selepas setahun bercerai dengan Okie Agustina, dia kini semakin tenang.

Baru sahaja dilepaskan daripada perintah tidak boleh keluar kota atas alasan mengasari bekas isterinya, Okie, Pasha bercerita tentang kehidupan barunya kini.

Benarkah anda mengasari bekas isteri anda?

Itu hanya tuduhan. Realitinya saya tidak mengasari dia. Sebenarnya memang ada pertengkaran biasa dan saya mahu berdamai, tetapi bekas isteri saya yang tidak mahu. Yang sedihnya, ibu kepada anak-anak saya ini yang melaporkan hal yang tidak saya lakukan. Itu amat menyedihkan.

Anak-anak di bawah jagaan siapa?

Bekas isteri. Saya pernah tidak bertemu mereka selama tiga bulan sehingga pada hari Aidiladha kedua. Sekarang anak-anak dipelihara bekas isteri, tetapi kalau sampai dia sudah tidak mampu memelihara mereka, mungkin ia akan menjadi hak saya pula.

Persepsi anda tentang wanita?

Seharusnya menjadi penenang hati lelaki.

Betul anda ada hubungan dengan Rossa dan Acha?

Itu hanya gosip.


DIDAKWA memukul bekas isterinya, Okie, Pasha kecewa kerana mengaku tuduhan Okie sebagai palsu.


Impak perceraian pada anda pasti besar. Adakah sukar untuk anda berkahwin lagi kelak?

Impaknya memang besar. Saya tidak pernah menginginkan perceraian, tapi ini perjalanan yang harus saya lewati. Saya tidak boleh terus larut dalam kesedihan kerana kerjaya saya bersangkutan dengan banyak orang. Jadi saya harus bangkit walaupun sakit. Tentang sukar atau tidak sukar kehidupan ini, saya harus berkahwin juga satu hari nanti.

Menjadi duda hangat Indonesia, anda pernah digoda wanita secara terang-terangan?

Setakat ini memang tidak ada. Kalau ada wanita berbuat demikian kepada saya (memulakan langkah menggoda), saya lari. Takut.

Dalam Penguasa Hati, lagu mana yang begitu dekat dengan situasi anda sekarang?

Saya kira lagu Hampa Hatiku. Itu lagu paling dekat dengan situasi hidup saya sekarang.

Selepas setahun bercerai, bagaimana kehidupan anda kini?

Sangat baik daripada sebelum ini. Saya sempat murung selama sebulan selepas bercerai. Tapi kini tidak lagi. Saya gembira menjalani hidup dan kerjaya saya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: