NEW YORK - Program MalaysiaKitchen yang digerakkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) sejak beberapa bulan lalu mendapat sambutan cukup menggalakkan di Amerika Syarikat (AS).
Bercakap kepada Bernama di sini, Pengarah Matrade New York, Wan Latif Wan Musa berkata, program dibentuk khusus untuk memberi manfaat kepada restoran yang dijalankan secara perkongsian itu dilihat berkembang dengan cukup baik.
Beliau berkata, program itu bertujuan memperkenalkan citarasa masakan Malaysia menerusi restoran tempatan.
Katanya, oleh kerana pengusaha restoran perlu mengimport bahan masakan dari Malaysia atau mendapatkan bahan-bahannya menerusi pengimport, ia sekaligus menggalakkan eksport produk makanan Malaysia serta bahan-bahannya ke luar negara.
Menurutnya, program berkenaan akan menjadi salah satu daripada agenda utama Malaysia dalam penyertaannya di pameran Fancy Food Show di New York pada tahun depan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: