Monday, December 28, 2009

Malaysia masih ketinggalan bisnes MICE


TIGA petugas Matrade melihat model Matrade Centre dalam satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Malaysia berpotensi untuk muncul sebagai hab bagi pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) di rantau Asia Pasifik sekiranya terus membangunkan infrastruktur berkenaan dengan saiz lebih besar dan berteknologi tinggi.

Negara kini memiliki beberapa MICE berskala sederhana antaranya Pusat Dagangan Dunia Putra, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Menara Matrade namun saiznya belum cukup untuk memenuhi kapasiti penganjuran acara bertaraf dunia.

Rancangan pembinaan sebuah lagi MICE terbesar negara yang dikenali sebagai Matrade Centre dengan nilai pembangunan kasar sekitar RM628 juta melalui pembiayaan sektor korporat adalah bertepatan dengan keperluan itu.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Shahrizal Hashim berkata, lokasinya yang terletak di Jalan Duta di sini bukan sahaja menawarkan kawasan pembangunan yang luas malah turut berada berhampiran dengan beberapa agensi kerajaan.

"Kerajaan berada dalam kedudukan terbaik untuk meraih manfaat besar hasil pembangunan pusat MICE terbesar negara ini menerusi limpahan tambahan kedatangan pelancong luar negara serta menggalakkan aliran teknologi dan kepakaran asing ke negara ini," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: