HONOLULU - Ribuan pengunjung dan peluncur membanjiri pantai utara Oahu, Hawaii untuk menyaksikan ombak terbesar yang boleh mencecah setinggi 15 meter di kepulauan itu kelmarin.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) berkata, ombak besar itu diramalkan berterusan sehingga hari ini dan membolehkan pertandingan luncur lasak diadakan.
"Tenaga (ombak) itu semakin membesar," kata seorang pegawai ramalan kaji cuaca di Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS, Robert Ballard.
Hawaii tidak pernah mengalami fenomena itu sejak 2004 atau 1998.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: