Friday, December 4, 2009

Lagi wanita didakwa tidur dengan Woods


KALIKA


THOUSAND OAKS, California – Pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods sudah meminta maaf kelmarin berhubung skandalnya dengan dua wanita seperti yang disiarkan oleh pihak media.

Namun, sebuah akhbar semalam mendedahkan terdapat seorang wanita lain lagi pernah menjalin hubungan dengan Woods semasa isterinya sedang hamil.

Pendedahan terbaru itu menjadikan jumlah wanita yang terlibat dengan skandal Woods ialah tiga orang.

Dua wanita yang dikaitkan dengan Woods sebelum ini ialah seorang peserta satu program realiti televisyen, Jamie Grubbs dan Rachel Uchitel yang merupakan perancang parti di New York.

Jamie membuat pengakuan dia menjalin hubungan seks dengan Woods sebanyak 20 kali.

Identiti wanita terbaru yang dikaitkan dengan Woods itu dikenali sebagai Kalika Moquin yang berumur 27 tahun.

Kalika dipercayai berkenalan dengan Woods pada Oktober 2007 semasa dia menjadi seorang pelayan bar di Hotel Mirage, Las Vegas.

Sumber-sumber memberitahu kali terakhir pasangan itu bertemu ialah pada Oktober lalu semasa Kalika melawat Woods di bilik penginapan bintang golf itu di sebuah hotel di Las Vegas.

Satu lagi sumber berkata: “Mereka menjalin hubungan untuk satu jangka waktu.”

Kalika kini merupakan seorang eksekutif di sebuah kelab di Las Vegas, The Bank dan disenaraikan sebagai individu ke-31 paling berpengaruh di kalangan elit sosial.

Namun wanita itu enggan mengesahkan hubungannya dengan Woods semasa ditemui oleh seorang wartawan.

“Sukar untuk saya (membuat ulasan) kerana saya kini bekerja sebagai pengarah pemasaran untuk sebuah hotel berprofil tinggi di Las Vegas,” kata Kalika.

“Saya tidak berminat untuk menjadi terkenal dan amat bimbang dengan kenyataan saya mungkin menjejaskan kerjaya saya,” katanya.

Beberapa sumber di Las Vegas mendakwa Woods kerap berada di bar untuk golongan dewasa dan kelab-kelab bogel elit.

Pada Jumaat lalu, Woods merempuh keretanya pada sebatang pokok dan pili bomba selepas dilaporkan bergaduh dengan isterinya di Florida.

Dia kemudian membayar denda sebanyak AS$164 (RM553) kepada pihak berkuasa kerana didapati cuai semasa memandu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: