Friday, December 4, 2009

Lubang misteri belakang rumah


GAMBAR menunjukkan sebuah lubang misteri terbentuk di halaman rumah Kate dan Paul di Stokenchurch, England.


STOKENCHURCH - Sepasang suami isteri di England terkejut menemui sebuah lubang misteri sedalam enam meter di halaman rumah mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku pagi Ahad lalu selepas Kate Scott dan Paul Harding berpindah dua minggu ke pekan kecil di Buckinghamshire di sini, 113 kilometer dari London dua minggu lalu.

Semasa bangun pagi, pasangan itu menyedari tong sampah besar di halaman kediaman mereka itu 'ditelan' sebuah lubang raksasa.

Kate yang hamil anak kembar berkata, tong sampah besar itu diletakkan pada Jumaat lalu untuk mengisi tanah bagi kerja menggali semasa pemuliharaan rumah mereka.

"Ia memang satu kejutan besar, kami tidak percaya malah lubang gergasi ini menenggelamkan satu pertiga halaman rumah kerana kami baru berpindah ke sini," katanya.

"Masalah terbesar kami sekarang ialah kami tiada lagi mempunyai tempat untuk meletakkan kenderaan," katanya.

Punca lubang itu terbentuk masih belum diketahui.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: