Friday, December 4, 2009

Hamid Karzai sedia runding dengan Taliban




KABUL - Presiden Afghanistan, Hamid Karzai (gambar) menyatakan beliau bersedia untuk berbincang dengan Ketua Taliban, Mullah Omar sebagai usaha membawa keamanan di negaranya.

Beliau menyatakan demikian dalam satu temuramah semalam dengan agensi berita The Associated Press bahawa pelbagai langkah akan dilakukan demi keamanan.

Namun, Hamid menyatakan beliau mahu mendapatkan jaminan bahawa Amerika Syarikat (AS) dan rakan-rakan antarabangsanya menyokong sebarang langkah untuk mengembalikan keamanan.

Presiden itu menjelaskan, usaha-usaha untuk berunding dengan Taliban sebelum ini terjejas kerana beberapa bekas anggota kumpulan itu diganggu oleh pasukan keselamatan antarabangsa walaupun mereka sudah menghentikan pemberontakan.

Hamid berkata, bukan semua anggota-anggota kumpulan Taliban ialah pengganas tetapi menegaskan ahli-ahli Al-Qaeda dan lain-lain kumpulan pengganas tidak dialu-alukan di Afghanistan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: