|
|
TIDAK dinafikan, saat ini Dewa 19 merupakan antara kumpulan yang popular dan mempunyai ramai pengikut di Indonesia termasuklah para pekerja atau rakyat negara itu yang bekerja serta menetap di negara ini.
Justeru, kumpulan yang dianggotai lima anggota ini sering menerima undangan mengadakan persembahan di negara mereka dan juga di ibu negara di mana yang terbaru di pusat hiburan KL-Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, petang Ahad lalu.Mungkin disebabkan sambutan itulah menyebabkan peneraju utama Dewa 19, Ahmad Dhani dilihat seakan-akan semakin bongkak dengan sambutan yang diberikan oleh para peminat terhadap muzik rock yang mereka ketengahkan sejak kebelakangan ini.Kebongkakan bapa kepada tiga anak lelaki ini dapat dilihat menerusi kenyataannya yang mendakwa sudah kaya raya hasil pendapatannya daripada bidang muzik dan tidak memerlukan para peminat membayar harga tiket bagi menyaksikan persembahan kumpulannya itu.
"Saya sudah kaya raya sekarang ini. Kalau bikin konsert percuma pun tidak mengapa," katanya kepada Hits sewaktu ditemui selepas Dewa 19 mengadakan persembahan di pusat hiburan itu anjuran Bank Mandiri Remittance yang disaksikan kira-kira 3,000 peminatnya.Konsert Dewa 19 dan Inul Daratista itu dianjurkan secara percuma oleh anak syarikat bank yang berpusat di Indonesia itu bagi menghargai sokongan rakyat Indonesia di negara ini yang telah menggunakan perkhidmatan bank tersebut.Menurut Ahmad Dhani, dia dan Dewa 19 juga tidak berasa malu atau meletakkan taraf kumpulannya berada di bawah apabila diundang bagi mengadakan persembahan percuma yang bukan setakat diadakan di negara ini tetapi juga di negara kelahirannya itu.
"Buat apa saya mahu malu? Sebagai sebuah kumpulan yang kaya raya dan juga berasal dari negara yang kaya raya, kami bangga kerana dapat mengadakan konsert yang percuma seperti ini. Kalau di Indonesia, ia perkara biasa bagi kami."Biasanya kami hanya mengadakan konsert percuma di outdoor (kawasan terbuka). Walau bagaimanapun, kami tetap mengenakan bayaran tiket pada konsert indoor (kawasan tertutup) yang kami adakan di negara kami," ujarnya.
Beliau mengulas persoalan itu apabila diajukan isu tentang kesanggupan Dewa 19 mengadakan persembahan secara percuma di negara ini biarpun mereka merupakan antara kumpulan dari Indonesia yang mampu menarik ramai penonton setiap kali mengadakan persembahan di sini.Sayangnya, pada masa sama Ahmad Dhani mungkin sedikit terlupa akan kebongkakannya itu apabila dia mengakui Dewa 19 menerima token atau bayaran saguhati atas persembahannya yang disaksikan oleh 99 peratus penonton warganegara Indonesia tersebut."Biarpun tiada harga tiket dikenakan tetapi untuk persembahan ini pihak penganjur telah membayar kami RM100,000," katanya yang menjawab sambil acuh tidak acuh lantas terus meninggalkan belakang pentas sejurus kumpulannya selesai mengadakan persembahan pada petang itu.
Para peminat Dewa dan Inul berpusu-pusu membanjiri KL-Live seawal pukul 2 petang biarpun konsert yang dimulakan oleh ratu dangdut itu bermula pukul 3.20 petang hingga menyebabkan keadaan menjadi riuh rendah di luar pintu masuk pusat hiburan tersebut.Pada konsert itu Dewa menyanyikan 10 lagu berjudul Angin, Perempuan Cantik, Dewi, Satu, Sedang Ingin Bercinta, Kangen, Arjuna, Pupus, Laskar dan Separuh menyebabkan para peminat mereka ramai yang seperti 'dirasuk hantu'.Ini kerana, ramai di antara mereka yang membuka baju sambil terjerit terlolong dengan membawa kain rentang dan bendera yang tertera pelbagai logo dan gambar seperti hantu yang seolah-olah mewakili persatuan-persatuan tertentu hingga menyebabkan keadaan suhu dalam dewan KL-Live menjadi agak hangat.Selain Ahmad Dhani, Dewa 19 petang itu tampil dengan empat lagi anggotanya iaitu Once selaku vokalis utama, Andra (gitar), Yuke (bass) dan Anjung (dram) dalam persembahan mereka yang berlangsung selama hampir sejam.
Sebelum Dewa 19 muncul di pentas, ratu gelek gerudi Indonesia, Inul Daratista sempat mengadakan persembahan pembuka tirai sambil mempromosikan perkhidmatan Bank Mandiri Remittance yang cukup popular dengan kiriman wang yang dihantar oleh rakyat Indonesia di negara ini ke kampung halaman masing-masing.Inul yang kelihatan sedikit gempal tidak menghalangnya untuk menari dan bergelek sambil menerima jerit pekik para penonton yang seakan-akan diserang histeria apabila melihat aksinya yang boleh dikatakan mengiurkan itu.Jelas Inul, dia tidak menafikan susuk tubuhnya yang sedikit berisi itu jelas ketara tetapi pada masa sama seolah-olah tidak mampu untuk menolak mengadakan persembahan tersebut."Memang saya sedikit gemuk kerana saya baru sahaja melahirkan anak sulung saya, Yusuf Ivander Damares.
Buat masa ini saya masih lagi menyusui anak saya itu dengan susu badan. Namun, apabila ditawarkan mengadakan persembahan ini saya seperti tidak dapat menolaknya."Ini kerana, saya dapati ia dianjurkan dengan betul seperti ada kebenaran dan permit daripada pihak-pihak berkuasa di sini," katanya yang menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Goyang Inul dan Cari Pacar Lagi pada persembahannya itu yang juga berlangsung selama hampir sejam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: