Wednesday, December 9, 2009

Kaki pendek? Bukan masalah!


SHAKIRA


WALAUPUN ramai wanita mengimpikan sepasang kaki yang panjang, penyanyi seksi Shakira pula gembira kerana dilahirkan dengan kaki yang pendek.

Dia yang popular dengan lagu She-Wolf menegaskan bahawa dia tidak kisah jika ada orang mengkritik dirinya kerana dia bangga dengan figuranya yang kecil.

Kata Shakira: "Saya sama seperti wanita lain dan jika saya mahu menunjukkan kaki saya dalam klip video, adakah saya tidak layak? Saya sebenarnya amat bangga dengan kaki saya yang pendek. Kaki saya mampu berjalan dan membawa saya ke destinasi yang dikehendaki.

"Apabila anda dilahirkan pendek, ramai orang akan berasa simpati terhadap anda. Jadi anda boleh melarikan diri daripada pelbagai masalah. Jika saya dilahirkan tinggi, pastinya saya akan terlibat dalam banyak masalah."

Dalam muzik video terbarunya, Did It Again, Shakira melakonkan babak seksi dengan seorang lelaki di atas katil. Disebabkan babak tersebut, penyanyi kelahiran Columbia itu terpaksa melakukan rejim senaman ketat bagi mendapatkan bentuk badan sempurna.

"Saya mengikuti sukan gimrama sejak berusia 12 tahun. Jadi saya rasa badan dan otot saya masih fleksibel. Tapi untuk klip video itu, saya perlu bekerja keras selama sebulan untuk mendapatkan bentuk badan lebih sempurna.

"Saya tidak pernah begitu disiplin mengenai senaman. Kini saya sudah mula lebih memberi perhatian terhadap senaman," katanya kepada surat khabar Daily Mirror.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: