BAGHDAD - Satu siri serangan bom yang dirancang rapi menggegarkan ibu kota Iraq semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 118 orang terbunuh dan 197 orang cedera.
Serangan itu termasuk tiga letupan bom kereta yang meletup dekat bangunan kerajaan sekali gus mencatatkan rekod keganasan terburuk di Baghdad dalam masa sebulan dan pertumpahan darah yang ketiga terbesar sejak Ogos lalu.
Insiden pengeboman terbaru meningkatkan kebimbangan mengenai kelemahan pihak keselamatan Iraq setelah pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) dalam proses berundur dari negara itu.
Seorang jurucakap tentera AS, Nicholas Conner berkata, pihaknya telah menghantar beberapa anggota dan peralatan forensik untuk membantu Iraq sejurus serangan tersebut.
Pada keseluruhannya, siri keganasan di Iraq menurun sejak beberapa tahun lalu namun penyerang mulai menyasarkan bangunan-bangunan penting pentadbiran Iraq sejak kebelakangan ini.
Beberapa pegawai Iraq mendakwa, serangan dipercayai didalangi sejumlah penyokong setia parti Baath pimpinan bekas Presiden Saddam Hussein yang sudah diharamkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: