Friday, December 18, 2009

Jualan Proton atasi jenama Korea pada ekspo Thai


SEKUMPULAN pelawat melihat Proton Exora ketika ia dipamerkan di Ekspo Permotoran Antarabangsa Thailand di Bangkok baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Tempahan jualan Proton pada Ekspo Permotoran Antarabangsa Thailand mengatasi kereta keluaran Korea dan Eropah sekali gus meletakkannya sebaris jenama dari Jepun.

Proton dalam satu kenyataan semalam menjelaskan, pembuat kereta nasional itu menduduki tempat keenam berdasarkan jumlah tempahan kereta yang bermula 2 hingga 13 Disember di Bangkok baru-baru ini.

Proton memperoleh 1,388 tempahan daripada keseluruhan 25,220 unit.

Mendahului senarai ialah Toyota dengan 7,230 tempahan, diikuti Honda (4,239), Isuzu (2,539), Mazda (2,277) dan Mitsubishi (1,518).

Prestasi Proton yang melancarkan Exora MPV pada pameran itu mengatasi jenama lebih terkenal seperti Toyota, Isuzu dan Mitsubishi.

"Ini menunjukkan sokongan dan keyakinan pelanggan Thai terhadap jenama Proton yang menawarkan kenderaan boleh dipercayai serta menawarkan nilai untuk wang," tambah kenyataan.

Exora merupakan model Proton paling laris setelah mendapat 825 tempahan yang menyumbang hampir 60 peratus daripada 1,388 unit Proton yang terjual pada pameran itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: