
KUALA LUMPUR - Rangkaian kedai kopi terkenal Starbucks yang sering dikaitkan dengan pelbagai gosip menerusi e-mel berangkai akhirnya akur dengan kehendak pasaran tempatan untuk mendapat pengesahan halal.
![]() |
| SYDNEY QUAYS |
Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Berjaya Starbucks Coffee Company, Sydney Quays berkata, jenama yang sinonim dengan imej Amerika Syarikat itu kini mendapat pensijilan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak 2007.
"Sebelum itu kami mendapat sijil halal daripada Majlis Makanan dan Nutrisi Islamik Amerika (Infanca),"
"Starbucks turut menyediakan satu laman web khas yang memberi maklum balas dalam masa 24 jam," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Tambah Quays, status halal Starbucks juga tersenarai dalam Direktori Halal Jakim dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: