Friday, December 18, 2009

46 jelitawan rebut gelaran MTI09


BARISAN jelitawan yang akan merebut gelaran MTI09 di Subang Jaya akhir bulan ini.


SUBANG JAYA - Seramai 46 jelitawan bakal berentap bagi merebut gelaran Miss Tourism International 2009 (MTI09) peringkat akhir dunia kali ke-13 yang akan berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa pada 31 Disember ini.

Menurut kenyataan pihak penganjur, D'Touch International Sdn. Bhd., malam merebut gelaran itu akan disusuli dengan Parti Malam Tahun Baru Istimewa yang diraikan bersama delegasi daripada 46 buah negara.

"Selain mempromosikan pelancongan tempatan, kehadiran media antarabangsa bakal memberikan liputan meluas bagi pertandingan akhir kali ini.

"Beberapa lawatan akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan lawatan rasmi ke Melaka pada 25 dan 26 Disember ini," jelas kenyataan itu.

Kata penganjur, Malaysia akan diwakili pelajar kolej swasta, Edwina Markus yang memiliki ketinggian 167 sentimeter dan berat 54 kilogram.

"Mereka yang berminat untuk hadir boleh membuat tempahan tiket di talian 012-3187333 atau di talian 012-2102640 untuk maklumat lanjut," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: