Tuesday, December 1, 2009

Idola Kecil, AF si cilik


PESERTA Idola Kecil musim kedua (belakang) Natasha, (tengah dari kiri) Azzamudin, Nurul Ain, Fhazrill, Noranajihah dan Farid. Barisan depan (dari kiri) Dayana, Zur'ain dan Syafienaz.


MENJADI stesen TV di bawah Media Prima yang menyajikan paling banyak program khas untuk penonton cilik, TV9 bukan sahaja menawarkan hiburan kanak-kanak antarabangsa tetapi juga diceriakan dengan rancangan tempatan.

Selain mahu mendekati hati penonton dengan memaparkan lebih banyak program tempatan, TV9 yang bersiaran sejak tahun 2006 itu ingin meneruskan tugas menghiburkan audiens kecil dengan paparan berkualiti.

Menawarkan program-program seperti Pondok-Pondok dan Siapa Pintar, fokus terbaru TV9 adalah program realiti, Idola Kecil. Sudah memasuki musim kedua, Idola Kecil yang memulakan siaran sejak 31 Oktober lalu akan bersiaran selama 10 minggu sehingga 2 Januari 2010.

Menyaksikan penyertaan 10 kanak-kanak, program itu mencatatkan rating 1.17 juta penonton pada episod keempatnya, 14 November lalu. Ia satu pencapaian membanggakan walaupun pihak TV9 mengharapkan catatan 1.2 juta penonton.

"Diharap selepas ini jumlah penonton akan meningkat memandangkan penyingkiran hanya akan bermula pada episod 5 Disember ini. TV9 merupakan juara di Media Prima apabila berbicara mengenai program kanak-kanak terutama Idola Kecil," kata Eksekutif Penjenamaan TV9 Bahagian Kanak-Kanak, Faiz Zainal Aabidin ketika ditemui di studio Utusan.


NATASHA peserta yang meminati penyanyi Ziana Zain.


Membawa bintang-bintang muda itu melawat ke pejabat Utusan Malaysia dan Kosmo! baru-baru ini, Idola Kecil yang dikatakan seperti pentas Akademi Fantasia menyaksikan kanak-kanak tersebut turut menyanyi, menari serta berlakon.

Mereka yang tinggal dalam sebuah banglo di Kota Damansara menjalani latihan bersama tiga guru iaitu Deli (vokal), Alfa Booty (persembahan) dan Affizal (tarian).

"Setiap hari mereka ada tugasan dan latihan. Mereka juga diberi peluang untuk melakukan aktiviti baru serta mendidik mereka. Menariknya kesemua peserta amat berdikari dan rapat walaupun baru berkenalan," tambah Faiz.

Memandangkan semua peserta merupakan pelajar sekolah, pihak TV9 hanya boleh merealisasikan program itu awal November selepas semua peserta menghabiskan peperiksaan akhir. Mereka juga perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak sekolah serta ibu bapa.

"Bagi kami, pendidikan masih diutamakan. Kami juga perlu mendapatkan persetujuan banyak pihak sebelum mendapatkan kanak-kanak itu. Makan, minum serta keselamatan mereka juga amat penting. Jadi bukan senang untuk menguruskan mereka. Nasib baik setakat ini tidak ada yang merindui keluarga sehingga meragam," ujarnya lagi.

Tidak mempunyai sebarang masalah komitmen, kesemua peserta tidak akan mempunyai sebarang ikatan kontrak pada masa akan datang seperti peserta musim pertama kerana faktor usia. Namun, ini tidak bermaksud mereka akan ditinggalkan begitu sahaja selepas pertandingan.


FHAZRILL meminati lagu-lagu rock.


"Contohnya peserta musim pertama, mereka ada merakamkan drama dua episod, Idola Kecil: Cinderella Story untuk ditayangkan pada hari raya lalu. Sambutan yang diterima amat memberangsangkan.

"Bagi musim kedua ini, kami bercadang untuk memulakan rakaman drama sebanyak 13 episod pada Januari nanti. Ia akan ditayangkan pada Mac nanti kerana kami tidak mahu membazirkan bakat mereka. Selain daripada itu, mereka juga akan mengikuti aktiviti Media Prima kerana sudah menjadi ikon TV9. Tapi itu semua bergantung kepada jadual sekolah," jelas Faiz.

Diadili 100 peratus oleh juri, Idola Kecil musim kedua disertai penyanyi Atilia sebagai juri tetap manakala antara juri jemputannya termasuk Zainal Abidin, Faizal Tahir, Misha Omar dan Liza Hanim.

Semua 10 peserta yang menyertai pertandingan ini ialah Syafienaz Shari, 11; Muhamad Fhazrill Fesol, 11; Khor Bin Sam, 12; Nurul Ain Sollehah, 11 dan Muhammad Azzammuddin, 12.

Tidak ketinggalan peserta lain termasuklah Noranajihah Yunus, 12; Mohd. Farid, 12; Nurul Natasha Jaffri, 11; Siti Amirah Dayana, 10, dan Zur'Ain Abdul Rahim, 12.

5 comments:

  1. azzam n arill HaNdSoMe..............n jdi pmnt no. 1 kta all the best..........

    ReplyDelete
  2. kpd dayana tahniah krn mnjd pmnang tmpt prtm dan tahniah jg kpd ain dan azzam...fienaz jg sdh ea..fienaz jg blh jd pmnang..kakak nk sngt nbr fienaz,ain dan dayana..blh x phk produser siarkn kat tv..please la..saya merayuuuuuuuuuuuuuuu.....................

    ReplyDelete
  3. pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....tlng.........................................

    ReplyDelete
  4. aril ada dlm ajl..stylo gile..huhu

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: