Tuesday, December 1, 2009

Abang ipar lelaki terbaik


SHAMITA SHETTY


AKTRES Bollywood, Shamita Shetty yang secara sukarela menarik diri daripada program reality TV, Bigg Boss, meluahkan perasaan gembiranya dengan perkahwinan kakaknya, Shilpa Shetty bersama ahli perniagaan dari London, Raj Kundra pada 22 November lalu.

Malah, aktres tersebut mengakui yang Raj merupakan seorang lelaki sempurna dan dia berharap dapat bertemu dengan lelaki sehebat itu nanti.

"Raj ialah seorang lelaki yang sangat mempesonakan. Dia sangat tenang, bijak dan tampan. Tiada lelaki lain yang sehebat dia untuk kakak saya. Dia yang paling sempurna. Saya juga mahukan seorang suami sepertinya," ujar Shamita kepada wartawan Bollywood.

Aktres berusia 29 tahun itu merupakan salah seorang daripada peserta musim ketiga program realiti TV Bigg Boss. Bagaimanapun dia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada program tersebut untuk menghadiri majlis pertunangan dan perkahwinan kakaknya.

"Saya rasa sangat gembira dapat keluar. Saya terlalu teruja dengan perkahwinan Shilpa. Oh Tuhanku! Shilpa akan berkahwin sudah tentu saya ingin pulang ke rumah, menangis, memeluk dan berbual panjang dengannya.

"Dia telah menghantar gambar cincin pertunangannya melalui Blackberry tetapi ia agak kabur. Saya tidak mampu menahan perasaan untuk melihat sendiri segala persiapan perkahwinan Shilpa," ujar Shamita mengenai keputusan nekadnya mengundurkan diri daripada program itu.

Kerana itu juga, Shamita mengakui dia sangat mengagumi Shilpa kerana mampu bertahan dalam program itu sehingga bergelar juara walaupun pernah terbabit dengan pelbagai kontroversi dengan peserta lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: