|
|
SESUATU yang cukup menarik untuk diperkatakan apabila aktres Gwyneth Paltrow dan penyanyi country terkenal, Tim McGraw bakal disatukan di dalam sebuah filem.
Menerusi filem Love Don't Let Me Down yang akan diarahkan oleh Shana Feste, ia merupakan gandingan pertama Gwyneth dan Tim yang juga suami kepada penyanyi country terkenal, Faith Hill.
Apatah lagi, sebelum ini mereka belum pernah digandingkan. pastinya, gandingan mereka dalam filem bercorak drama itu akan menjadikan ia sebuah filem yang menarik untuk ditonton.
Bukan mereka berdua sahaja, tetapi filem tersebut juga akan dibintangi oleh pelakon yang mencipta kemasyhuran menerusi siri televisyen Gossip Girl iaitu Leighton Meester dan Garrett Hedlund.
Filem Love Don't Let Me Down mengisahkan bagaimana seorang penyanyi country muda yang baru hendak meningkat naik (lakonan Garrett) yang jatuh cinta dengan penyanyi country yang semakin merudum popularitinya (Gwyneth).
Hubungan mereka itu lambat-laun diketahui oleh suami merangkap pengurus penyanyi berkenaan (Tim) yang juga tanpa disedari penyanyi itu. suaminya juga menjalinkan hubungan sulit dengan seorang ratu cantik yang menjadi penyanyi (Leighton).
Lakon layar dan skripnya juga ditulis oleh Shana dan filem ini bakal menjalani penggambaran di Nashville, Tennesse, Amerika Syarikat yang cukup terkenal sebagai lokasi penghasilan lagu-lagu country awal tahun depan.
Menariknya tentang filem ini juga apabila ia diterbitkan oleh bintang siri filem Spider-Man, Tobey Maguire menerusi syarikatnya, Maguire Entertainment.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: