
Itu cerita dulu. Kegemilangan tahun 1980-an, kini bagai suram untuknya. Faizal sama seperti pelakon baru yang mula bertapak. Namanya juga tidak sehebat dulu. Apakah ini menunjukkan zaman kegemilangannya sudah berakhir?
Bagi pelakon ini, glamour atau tidak, ia bukanlah menjadi perkara utama untuknya lagi kerana yang penting, meneruskan kerjaya lakonan yang sudah sebati dengan dirinya. “Buat masa sekarang, glamour bagi saya sudah tidak penting lagi. Biarlah pelapis muda pula yang mengambil alih. Bukan apa, saya pernah berada di atas dan tak perlulah lama-lama di atas. Saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang.
“Tapi tak bermakna tak glamour, tak ada kerja. Saya juga sibuk dengan jadual lakonan. Cuma, sekarang ni keutamaan saya adalah keluarga,” katanya.
Anak kepada pelakon veteran Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail ini, mengakui tidak pernah duduk diam kerana tawaran berlakon yang banyak.
Mengulas mengenai lambakan pelapis baru, Faizal akui ada antara mereka yang sangat berbakat dan ada yang perlukan lagi didikan.
“Saya bukanlah pelakon hebat, tapi boleh saja nak berkongsi pengalaman. Ini juga untuk kebaikan industri,” katanya.
Sejak akhir-akhir ini Faizal sering diberikan watak antagonis dan lebih dilabelkan sebagai ‘lelaki jahat’ tidak kisah kerana ia tuntutan wataknya dalam setiap drama dan filem.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: